KOPI LUWAK CIKOLE
Salah satu tempat yang saya syorkan untuk dilawati semasa berada di Bandung adalah Kopi Luwak Cikole Tour & Education.
Disini anda dapat mempelajari bagaimana kopi luwak dihasilkan, seperti jenis kopi yang digunakan, melihat sendiri musang dan sangkarnya. Penerangan yang jelas bagaimana kopi diproses sehingga menjadi serbuk kopi.
Istimewa disini anda boleh merasai sendiri kopi luwak dengan harga yang berpatutan dari IDR35,000 hingga ke IDR50,000. Anda juga boleh membeli kopi luwak disini untuk dibawa pulang sebagai ole ole.
No comments:
Post a Comment